Sale!

Keratan Pokok Herba Bangun/Ati-Ati Hijau/(3 pcs keratan batang) 3.0

RM6.00

Pokok senang hidup dan boleh dibiakkan melalui keratan batang.

Baunya juga boleh menghalau nyamuk.

Daunnya sedikit tebal, agak berbulu dan aromanya wangi seperti oregano.
Pucuknya boleh dibuat ulam.
Daunnya boleh dibuat teh atau diracik halus dan dimasak bersama pasta.
Batuk? Rendam daunnya dengan air panas dan minum ketika suam.
Antara tip mengurangkan batuk.

 

 

 

Category: Tag:

Ni pokok ati2 jugakkk….Banyak khasiatnya…bau pun sedap..nama lain Pokok bangun2…

POKOK BANGUN-BANGUN BATIK ATAU BEBANGUN

Pokok Bangun2
Selain dijadikan herbal ianya juga cantik dijadikan tanaman hiasan dirumah.
Daunnya tebal seperti pokok ati ati yg mudah dibiakkan melalui keratan batang.
Sejenis dedaun herbal yg harum baunya dan berangin bila diramas.
Boleh dibuat ulaman serta banyak khasiat utk perubatan tradisional antaranya mengubati batuk.
.
Ada juga yang menjadikan daun bangun-bangun sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.
.
Selain itu, bahagian daun juga dikatakan boleh melegakan sakit kepala, pitam dan gigitan binatang berbisa. Bagi sakit kepala caranya ialah dengan meramas-ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit dan bagi menyedarkan mereka yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
Untuk penawar gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit. Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.

-3 keratan batang

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Keratan Pokok Herba Bangun/Ati-Ati Hijau/(3 pcs keratan batang) 3.0”

Your email address will not be published. Required fields are marked *