Ni pokok ati2 jugakkk….Banyak khasiatnya…bau pun sedap..nama lain Pokok bangun2…
POKOK BANGUN-BANGUN BATIK ATAU BEBANGUN
Pokok Bangun2
Selain dijadikan herbal ianya juga cantik dijadikan tanaman hiasan dirumah.
Daunnya tebal seperti pokok ati ati yg mudah dibiakkan melalui keratan batang.
Sejenis dedaun herbal yg harum baunya dan berangin bila diramas.
Boleh dibuat ulaman serta banyak khasiat utk perubatan tradisional antaranya mengubati batuk.
.
Ada juga yang menjadikan daun bangun-bangun sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.
.
Selain itu, bahagian daun juga dikatakan boleh melegakan sakit kepala, pitam dan gigitan binatang berbisa. Bagi sakit kepala caranya ialah dengan meramas-ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit dan bagi menyedarkan mereka yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
Untuk penawar gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit. Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.
-3 keratan batang
Reviews
There are no reviews yet.