GEJALA ‘PENYAKIT ANGIN’ DALAM BADAN

Penyakit 'ANGIN' dalam badan.

Ingat biasa-biasa saja

Tapi boleh jadi terok bila ada tanda-tanda macam nii!

Badan rasa lesu,malas ,badan letih lemau tidak bermaya,sakit-sakit sendi lenguh dan kebas kaki & tangan umumnya kita rasa itu perkara biasa sahaja.

Namun siapa sangka,tanda-tanda awal rasa tidak selesa yang ditunjukkan oleh tubuh badan memberi insyarat dan petanda yang perlu diambil tindakan dan perhatian.

Ramai yang tidak sedar bahawa penyakit ‘ANGIN’ ni…boleh jadi semakin teruk dan yang awal-awalnya dipandang remeh oleh semua orang,akhirnya boleh menyebabkan strok dan lain-lain..

  • Perut kembung je pon..

  • Sikit je gastrik ii….

  • Biasa la,rasa pening-pening kepala..

  • Tekak rasa ada sesuatu macam ada benda …

  • Sesekali rasa mual nak termuntah…biasa la tu..

Hati kecil kita nak sedapkan hati kita…
“Nii sebab lambat makan tadi..”
“Stress kerja kot,tu yang fikir macam-macam”

Berapa ramai yang tahu sebenarnya 'Penyakit Angin ' ini???

Untitled design (4)

Jantung jadi berdegup laju, sesak nafas, nafas tak lawas.Susah tidur malam, kerana otak masih aktif berfikir.
Di tambah lagi pula;

  • Risau. Panik secara tiba-tiba.

  • Selalu berfikiran negatif
    Mudah sentap, sensitif dan mudah marah.
    Sakit-sakit sendi, terasa berdenyut-denyut, .
    Badan lenguh tak bermaya.
    Sebu, pedih ulu hati/dada ketat–
    Rasa nak muntah.
    Sendawa. Kerap kentut.
    Perut berbunyi atau usus ada pergerakan.
    Kerap Sembelit
    Kadang-kadang cirit-birit terutama jika salah makan.

Bagaimana jika doktor sahkan tiada masalah kesihatan serius?

Jika tiada masalah bermakna anda mungkin alami masalah angin.Masalah ini bermula dari perut usus.
Tapi gejalanya boleh melarat ke sendi, bahu, kepala, jantung dan lain-lain.

Ia disebabkan satu bahan kimia saraf di dalam badan.
Bahan kimia saraf ini ialah HISTAMIN.
Dan ia ada di seluruh badan kita.

Bila HISTAMIN ini tinggi disebabkan makanan atau dari persekitaran.
Ini jadikan badan kita jadi lebih SENSITIF.

Mereka yang ada masalah histamin biasanya ada masalah ekzema, asma, resdung, migrain, senggugut teruk, ANGIN, gastrik, GERD, thyroid.

Ramai orang tak ambik kisah sebab selalu di gambarkan berita palsu yang kononya masalah ini akan hilang dengan sendiri, tapi percaya tak, kalau dibiarkan akan menjadi lebih teruk lagi.

KENAPA BOLEH ADA MASALAH HISTAMIN?

APA KAITAN HISTAMIN DENGAN PERUT?

Histamin itu bahan saraf untuk sistem pertahanan badan.
Histamin akan bagi maklumat pada sel-sel untuk bertindak balas jika ada “musuh”.

Musuh boleh jadi virus, bakteria, toksik, atau badan dalam keadaan stress.
Kemudian berlakunya keradangan “kebakaran” dalaman untuk hapuskan musuh.

Bila semua musuh dihapuskan. Allah telah jadikan perut manusia boleh mengeluarkan pengurai histamin iaitu enzim Diamine Oxidase agar histamin tidak berterusan meransang sel untuk berperang.

Tapi jika kita ada masalah lapisan perut yang tidak normal.
Perut tidak dapat hasilkan pengurai histamin.

Masalah berlaku bila perut tidak dapat hasilkan bahan pengurai dan histamin berterusan meransang sel-sel membuat serangan.
Macam mana nak baiki masalah perut?

 

PERUT

  • Pedih perut sebab asid perut semakin berasid, dan lapisan perut tiada lapisan pelindungan.
  • Pergerakan otot pencernaan yang berlebihan menyebabkan gas terhasil (kembung). Cirit birit kerana usus bergerak laju, menyebabkan air dan zat tak serap maka jadilah .
  • Tekanan pada injap perut-esofagus (LES) yang kawal bukaan isi perut meningkat.
  • RASA TERCEKIK. Bila salah makan, rasa tercekik kat kerongkong. Bila banyak sangat bahan kimia ni dalam badan, minum air pun selalu tercekik dan tersedak.
  • Bengkak di mana-mana salur pencernaan.
  • Gastritis. Ulser mulut, perut, duodenum, usus macam UC.
  • Berak berdarah macam orang ada IBD, Diverticulitis, ulser perut juga. Buasir.
  • Loya dan rasa nak muntah selalu.

Masalah Yang Selalu Di hadapi Orang Masalah Angin Gastrik GERD

PERNAFASAN

1) Salur nafas jadi sempit. Nafas jadi tak lawas dan mudah mengah tak cukup oksigen.
2) Kahak jadi banyak.
3) Salur pernafasan meradang dan bengkak.

  • Hidung boleh bengkak atau ada kutumbuhan.
  • Hingus pun jadi banyak.
  • Sensitif hidung, bersin dan gatal-gatal.
  • Boleh jadi radang sehingga sinus dan terkena kuman (sinusitis).

JANTUNG

  1. Rasa berdebar-debar @ palpitation.
  2. Ritma jantung tidak normal. Contohnya: SVT, drop beat dan sebagainya.
  3. Naik tekanan darah. Salur darah yang bengkak dan sempit juga punca tekanan naik.
  4. Tekanan darah turun mendadak: Histamin ni juga boleh kembangkan salur darah cepat-cepat. Kita rasa nak pitam.
  5. VERTIGO

OTAK & FIKRAN

1) Kerap risau. Mudah panik.
2) OVERTHINKING. Tidak dapat buat keputusan. Tiada pendirian.
3) Gemuruh
4) Obses dengan sesuatu.
5) Terlalu kreatif kerana banyak persepsi dan perspektif akan timbul dengan peningkatan histamin.
6) Cepat sentap dan pemarah
7) Cepat putus asa.
9) Emosi tidak stabil.
10) “Blurr… “. Binggung atau tidak dapat berfikir lebih mendalam atau tepat.
11) Sukar tidur malam.
12) PELUPA
13) Terlebih MANJA. Tak boleh berpisah daripada si dia… Dengan mak, atau isteri
14) Tidak boleh tinggalkan sesuatu tempat sudah biasa.
15) Pertuturan kurang jelas. Terlupa apa yang dituturkan sebentar tadi. Otak berfikir lebih laju daripada lidah. Tiba-tiba menjadi gagap.
16) Pembelajaran terganggu. SLOW LEARNER.
17) Pergerakan kurang cekap. Tersadung, pegang barang boleh terlepas.
18) Susah tidur awal dan kerap terjaga.

SARAF

1) Kebas rasa semut-semut menjalar sepanjang saraf tangan dan kaki. Mungkin berpunca dari bengkak di tengkuk atau bahu. Kebas bawah kaki pula mungkin bengkak tulang belakang bawah atau lumbar
2) Sensitif sejuk atau panas. Terasa badan sejukk atau panas.
3) Gatal atau ruam.
4) Gangguan suhu badan : terlalu sejuk/panas.
5) Gangguan selera : Asyik nak mengunyah (pantang tengok makanan terutamanya yang manis) atau
6) Hilang selera makan.

SENDI & OTOT

  1. Restles leg, Kaki rasa lenguh tidak selesa.

  2. Tic – Habit @ pergerakan yang tak dapat dikawal. Seperti kenyit-kenyit mata tanpa dapat dikawal. Asyik betulkan kolar baju.. rasa rimas kat leher dengan baju. Pundi kencing mungkin rasa penuh.. Jadi asyik nak ke toilet saja.

  3. Ligamen mungkin mudah longgar. Mudah mendapat kecederaan lutut, bahu, siku, ankle belakang.. Rahang pun boleh terseliuh bila bahan saraf kimia ni tinggi.

  4. Berisiko sakit belakang tengkuk seperti masalah cervical atau lower back..sakit pinggang macam slip disc.

  5. Lutut dan sendi bahu sangat mudah berisiko kecederaan dan akhirnya menjadi osteoarthritis.

SALUR DARAH DAN PEMBEKUAN DARAH

1) Lebam pada badan, bukan sebab hantu hisap ya.. Mungkin sebab kurang vitamin C atau masalah angin juga.
2) Bintik merah di kaki. Petechiae
3) Bintik merah macam tahi lalat kecil macam pecah darah. Di Tangan atau bahagian dada dan belakang.
4) Hidung berdarah. Biasanya berlaku pada yang dah ada resdung.

SALUR DARAH DAN PEMBEKUAN DARAH

1) Lebam pada badan, bukan sebab hantu hisap ya.. Mungkin sebab kurang vitamin C atau masalah angin juga.
2) Bintik merah di kaki. Petechiae
3) Bintik merah macam tahi lalat kecil macam pecah darah. Di Tangan atau bahagian dada dan belakang.
4) Hidung berdarah. Biasanya berlaku pada yang dah ada resdung.

JADI, BAGAIMANA CARA ATASI MASALAH ANGIN INI?

PESANAN:

Jika ada masalah di atas, sebaiknya jumpa doktor untuk sahkan masalah sebenar anda. Elak mendiagnos diri sendiri.

Jika doktor sahkan anda ada gastrik atau angin. Anda boleh memilih untuk cuba amalkan Cripa .

PULIHKAN MASALAH ANGIN,GASTRIK, GERD,SAKIT SENDI, SAKIT SARAF, KEBAS KAKI & TANGAN, LENGUH, DIABETES,KENCING MANIS,DARAH TINGGI, LETIH LESU BADAN ANDA HARINI JUGA..

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BAIKI DAN PULIHKAN SEMULA PERUT

5 Langkah Baiki Perut Untuk Atasi Masalah Angin Gastrik

Kembung perut, sakit urat dan tengkuk, dan macam-macam lagi. Orang dulu-dulu panggil ini masalah angin. Orang sekarang panggil masalah histamin intolerance.

Masalah histamin ni biasa dihidapi orang yang ada masalah gastrik, GERD, ekzema, resdung,asma dan lain-lain.
Macam mana nak tahu kita ada masalah gastrik? Sebaiknya jumpa doktor berhampiran.

Sebelum kita berfikir cara mengatasi masalah angin, kita fahamkan dulu APA PUNCA MASALAH ANGIN?

Kerana masalah angin ini tidak akan selesai dengan sekadar makan ubat untuk hentikan simptom.

Tiada simptom tidak bermakna anda sudah sembuh. Kerana akan tiba masanya masalah ini datang kembali.

Bila masalah angin akan datang? Apabila histamin(bahan saraf) ter’over’ bertindak.

Masalah angin PUNCA DARI PERUT. Walaupun sakitnya di dada, di bahu, di kaki, di kepala. Kalau ia disebabkan histamin intolerance. Maka ia berpunca dari masalah perut.

Kenapa perut?

Kerana bahan semula jadi yang dapat menguraikan bahan saraf histamin hanya dihasilkan dari lapisan perut.

Nama bahan itu adalah enzim DAO. Diamine Oxidase Enzyme.

Tetapi masalah timbul apabila lapisan perut kita tidak dapat hasilkan enzim ini.

Maka, histamin akan terus berleluasa tanpa kewalan. Ini menyebabkan keradangan berlaku.

Keradangan yang bagaimana?

Baca dan klik sini >>
Tanda -tanda anda Mengalamami Masalah Angin

Biasanya di klinik anda akan diberikan ubat antihistamin, antacid untuk meredakan keradangan.

Tapi, sampai bila harus hidup dengan mengambil ubat? Dan ubatan ini cuma hanya menutup simptom, tidak merawat masalah sebenar iaitu perut?

Dan perut yang bermasalah boleh membawa 1001 penyakit. Termasuk kronik dan penyakit misteri. Kembung perut, sakit urat dan tengkuk, dan macam-macam lagi. Orang dulu-dulu panggil ini masalah angin. Orang sekarang panggil masalah histamin intolerance.

Masalah histamin ni biasa dihidapi orang yang ada masalah gastrik, GERD, ekzema, resdung,asma dan lain-lain.
Macam mana nak tahu kita ada masalah gastrik? Sebaiknya jumpa doktor berhampiran.

Sebelum kita berfikir cara mengatasi masalah angin, kita fahamkan dulu APA PUNCA MASALAH ANGIN?

Kerana masalah angin ini tidak akan selesai dengan sekadar makan ubat untuk hentikan simptom.

Tiada simptom tidak bermakna anda sudah sembuh. Kerana akan tiba masanya masalah ini datang kembali.

Bila masalah angin akan datang? Apabila histamin(bahan saraf) ter’over’ bertindak.

Masalah angin PUNCA DARI PERUT. Walaupun sakitnya di dada, di bahu, di kaki, di kepala. Kalau ia disebabkan histamin intolerance. Maka ia berpunca dari masalah perut.

Kenapa perut?

Kerana bahan semula jadi yang dapat menguraikan bahan saraf histamin hanya dihasilkan dari lapisan perut.

Nama bahan itu adalah enzim DAO. Diamine Oxidase Enzyme.

Tetapi masalah timbul apabila lapisan perut kita tidak dapat hasilkan enzim ini.

Maka, histamin akan terus berleluasa tanpa kewalan. Ini menyebabkan keradangan berlaku.

Keradangan yang bagaimana?

Baca dan klik sini >>
Tanda -tanda anda Mengalamami Masalah Angin

Biasanya di klinik anda akan diberikan ubat antihistamin, antacid untuk meredakan keradangan.

Tapi, sampai bila harus hidup dengan mengambil ubat? Dan ubatan ini cuma hanya menutup simptom, tidak merawat masalah sebenar iaitu perut?

Dan perut yang bermasalah boleh membawa 1001 PENYAKIT.

JADI BAGAIMANAKAH CARANYA MEMBAIKI PERUT?

1) REMOVE

REMOVE menu makanan atau perkara yang boleh menaikkan histamin.

Ada jenis makanan perkara perlu di elakkan.
1 Makanan tinggi histamin
2 Bahan atau perkara pembebas histamin keluar dari badan
3 Bahan yang menghalang pengeluaran enzim DAO (pengurai histamin)

Baik, saya ulaskan satu-satu benda ini ya..

Makanan tinggi histamin contohnya,

[+] CHEESE
Semua jenis cheese, Mozarella rendah histamin.
Walaubagaimanapun, elakkan semua jenis cheese buat sementara.

[+] MAKANAN DALAM TIN

[+] MAKANAN YANG DI PERAM DAN DITAPAI
Seperti budu, tapai pulut, tapai ubi, yogurt.. Dan minuman alkohol

[+] Makanan yang direndam dalam suka
Jeruk buah, buah zaitun dalam botol

[+] PROTIEN
Daging,ayam ikan yang tidak segar dan mendapat hormon atau antibiotik.
Ikan jenis isi hitam seperti ikan tongkol, cencaru, kembung.

[+] SAYUR
kentang
bendi
peria
midin
lobak putih
cendawan
kacang panjang
kacang buncis
kacang botol
petola
terung
timun
kacang peas
pucuk jagung
kubis
bayam
kangkung
petai
jering

[+] BUAH
Buahan yang dikering
tembikai
mangga
nanas
nangka
cempedak
manggis
lemon,orange,limau
kiwi
ciku
mata kucing
keladi
anggur
strawberry
kundang
durian

Makanan Pembebas Histamin

[+] Pisang

[+] Coklat

[+] Susu Lembu

[+] Gandum, 

[+] Kekacang

[+] Nenas

[+] Tomato

[+] Perasa tiruan, pewarna tiruan

Selain makanan, Stress berlebihan dan kurang tidur juga bantu badan bebaskan histamin.
Jadi, pantang baiki perut bukan hanya pantang makan sahaja.

2) REPLACE

Tidak hanya fokus pada pemakanan, tapi keseluruhan tubuh badan.

Emosi
Tidur
Aktiviti
dan persekitaran.

Kita ganti makanan yang kita pantang itu dengan makanan rendah histamin dan tidak membebaskan histamin.

Jadi, apa makanan yang boleh di makan?

PROTIN (segar atau frozen)

Ayam
Itik
Anak kambing
Arnab
Rusa
Telur bebas antibiotik
Daging lembu/ kerbau
Ikan isi putih dan liar (bukan ternak)

Sayur

•sayur sawi
•sayur kailan
•sayur pak choy
•sayur bak choy
•daun sup celery
•batang sup celery
•daun ketumbar/akar ketumbar
•daun bawang
•leeks
•pea sprouts
•moringga
•carrot
•beetroots
•salad

Buah

•epal merah (mungkin tidak sesuai bagi keradangan usus)
•epal hijau (mungkin tidak sesuai bagi keradangan usus)
•dragon fruit
•pisang kaki
•lai
•pear
•delima india

Tepung

Tepung beras,

tepung jagung,

potato starch,

tepung pulut

TEH

•tea chamomile
•tea roiboos 
•tea telang

Sepanjang pantang. Digalakkan buat food diary atau catatan pemakanan harian.
Untuk kenal pasti makanan-makanan yang kita alah dan tidak alah.

3) REPAIR

Baiki perut dan usus dengan nutrisi penting.

Vitamin C,
quercetin,
magnesium,
vitamin D,
zinc dan glutamine.

4) REINOCULATE

bagi mengelakkan berlakunya sindrom berlebihan bakteria pada perut dan usus kecil. Iaitu SIBO.

Suburkan perut dan usus dengan probiotik, prebiotik, enzim dan makanan-makanan yang baik dan untuk perut dan usus.

5) REBALANCE

Apabila anda sudah melalui fasa REMOVE, REPLACE, REPAIR dan REINOCULATE. Anda sepatutnta sudah berasa selesa dan simptom keradangan juga berkurangan.

Apabila perut sudah sihat, sebaiknya anda teruskan amalkan hidup sihat dan mengikut fitrah badan.

Tubuh yang dimiliki kita ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata. Ia wajib dijaga, dipelihara dan dilarang dari sakiti ke atasnya.

Firman Allah S.W.T:

۞ یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

[al-A’raf: 31]

“Tidak ada ruang yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga). Jika tidak mampu, maka ia dapat memenuhkan perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

ARTIKEL YANG BERKAITAN:

MINYAK SARAF STROKE

MAK AYAH LENGUH-LENGUH DAN SAKIT-SAKIT SATU BADAN AMBIL KAN MINYAK INI SAPU-SAPU AGAR KEMBALI BERTENAGA. ALANGKAH TERSEKSANYA MEREKA YANG ALAMI PENYAKIT ANGIN , MASALAH ANGIN

Read More »

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *