Rasa kebas dan mencucuk pada anggota badan sering dianggap sebagai masalah penuaan menyebabkan ia terabai dan tidak menerima rawatan sewajarnya.
Hakikatnya rasa kebas dan mencucuk terutama pada kaki dan tangan adalah antara gejala atau petanda seseorang mengalami masalah sistem saraf periferal (PNS) yang fungsinya terjejas dikenali sebagai periferal neuropati.
Periferal neuropati menyebabkan proses penghantaran sesuatu maklumat kepada otak tersekat dan boleh mengganggu kualiti kehidupan pesakit.
Akibatnya ramai menyangka tiada rawatan untuk masalah dihadapi dan memilih rawatan alternatif yang tidak terbukti kesannya seperti duduk di atas kerusi elektrik atau merendamkan kaki dengan air panas sehingga melecur….
Punca neuropati tidak diketahui tetapi terdapat beberapa keadaan yang mana saraf boleh rosak.
Tetapi yang pasti diabetes adalah punca utama neuropati membabitkan lebih 50 peratus pesakit mengalaminya selain gaya hidup kurang sihat dan mereka yang tidak mengamalkan makan sayuran.
Selain itu katanya, faktor penuaan juga meningkatkan risiko mengalami kerosakan saraf
Jenis pekerjaan yang berulang seperti menaip, memasak, duduk terlalu lama, trauma akibat kemalangan, jatuh atau kesan kecederaan sukan boleh meningkatkan risiko kerosakan saraf.”
Kekurangan zat seperti vitamin B juga boleh menjadi punca selain genetik dan kesan pengambilan ubat tertentu.
Ujian saraf boleh dilakukan menerusi tusukan pin atau jarum pada bahagian kaki untuk melihat tindak balasnya atau menerusi soalan berkaitan simptom yang dialami.
Pengurus Kanan Perubatan Global Proctor & Gamble Health International, Dr Inna Eiberger, berkata vitamin B1, B6 dan B12 penting untuk mencegah kerosakan saraf dan merawatnya.
Antara sumber vitamin ini boleh didapati dalam bijirin, daging, sayuran, kentang, susu dan produk tenusu, buah-buahan, kekacang, ikan dan telur.
“Semua vitamin ini boleh didapati dalam makanan seharian yang seimbang tetapi tidak semua populasi di dunia dapat jumlah yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 1.4 miligram (mg) sehari dengan jumlah keseluruhan melebihi 300 mg.
“Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan seseorang rasa kepenatan, lemah otot, mengalami sawan malah memberi kesan ke atas mental seperti kemurungan,” katanya.
INFO: Sistem saraf sihat:
Memberikan reaksi kepada keadaan sekeliling
Sistem saraf mengandungi:
1. Sistem Sentral: otak dan saraf tunjang
2. Sistem saraf periferal (PNS): tangan, kaki dan keseluruhan tubuh
Rawatan dan pencegahan:
1. Vitamin:
– B1: memberi tenaga kepada sel saraf, merangsang saraf dan sintesis pemancar kepada otak
– B2: Sintesis kunci isyarat molekul di dalam sistem saraf: penghantaran neuron
– B3: pematangan dan pertumbuhan semula sel saraf dan metabolisme sel saraf.
Kaedah di rumah:
1. Sapu minyak untuk menghangatkan tangan atau kaki.
2. Jangan biarkan tangan dan kaki terdedah terus kepada pendingin hawa
3. Hangatkan badan dengan selimut atau sarung tangan.
APA ITU KEBAS ATAU LENGUH?
Kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti cucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ianya bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami.
Apakah penyebab tangan kebas?
Tangan kebas selalunya disebabkan oleh kompresi, kecederaan atau irritasi pada saraf di bahagian tangan. Ianya sangat penting untuk mengetahui punca berlakunya masalah tangan kebas ini kerana ia akan dapat membantu dalam proses rawatan. Antara punca berlakunya tangan kebas kanan, kiri atau kedua-duanya ialah seperti:
Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal. Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
‘Amyloidosis’. Ini merupakan sebuah penyakit di mana berlakunya pertambahan protein ‘amyloid’ dalam tisu di badan. Salah satu kesan sampingan berikutan penyakit ini ialah tangan kebas.
Kecederaan pada ‘brachial plexus’. ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika saraf pada cawangan ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
‘Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat. Kesan sampingannya ialah tangan kebas selalunya pada waktu malam.
Kekurangan vitamin B12 dalam badan. Vitamin tidak kira vitamin apa sahaja pun, diketahui oleh semua orang iaitu ianya penting untuk tubuh badan. Kekurangan vitamin khususnya vitamin B12 dalam badan boleh membawa kepada masalah tangan kebas.
Sebarang kecederaan pada tulang belakang. Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas malah kaki dan tempat lain juga boleh turut berasa kebas dalam situasi ini.
‘Ganglion cyst’. Ini merupakan sebuah ketulan kecil yang selalunya timbul pada pergelangan tangan. Ketulan ini kadang kala akan memberikan tekanan kepada saraf berhampiran sehingga menjadikan tangan kebas.
Kencing manis. Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Ia akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
Strok. Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah kebas pada tangan sebagai kesan sampingan.
Penyakit jenis ‘auto immune’. Penyakit ‘auto immune’ seperti ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis juga boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
Toksin. Toksin seperti plumbum, merkuri, arsenik dan banyak lagi jika memasuki tubuh badan kita oleh mendatangkan kesan sampingan seperti tangan kebas dan juga impak yang lebih serius yang dapat mengundang maut.
Apakah Gejala Tangan Kebas?
Gejala yang berikutan masalah tangan kebas ini tidak banyak dan selalunya tangan kebas merupakan kesan sampingan daripada penyakit besar yang lain. Tangan kebas ini tidak hanya wujud dengan sendirinya. Antara gejala tangan kebas ialah seperti:
Kebas yang dirasa pada tangan berikutan sakit
Kebas pada tangan merebak ke tempat lain seperti lengan dan bahu
Kebas sampai tidak dapat menggerakkan jari atau tangan
Kebas sehingga hilang deria rasa
Pening kepala
Demam
Loya
Muntah
Apakah Penyiasatan Yang Dilakukan Untuk Tangan Kebas?
Penyiasatan yang dilakukan untuk masalah tangan kebas selalunya ialah untuk memastikan kebas yang berlaku disebabkan oleh saraf otak atau saraf peripheri. Antara rawatan yang akan dilakukan ialah seperti:
Sampel darah. Ini akan dapat memberitahu kita mengenai kadaar gula seseroang itu, serta bahan dalam darah seperti toksin, bahan metabolik, kerosakan pada hati dan sebagainya.
Air tulang belakang. Ini akan memberitahu kita jika terdapat sebarang jangkitan ataupun masalah saraf peripheri.
Terdapat juga kaedah imbasan yang boleh dilakukan untuk melihat struktur dalam badan dan otak bagi menemui masalah yang mendatangkan tangan kebas ini:
CT
MRI
Apakah Rawatan Tangan Kebas?
Seperti yang dinyatakan, tangan kebas selalunya tidak akan wujud dengan sendiri. Ia selalu berlaku beriringan penyakit atau masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, rawatan juga akan berpandukan punca berlakunya tangan kebas. Antara rawatan yang dapat diberikan ialah seperti:
Kencing manis. Kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ianya akan bertamabah teruk dan memudaratkan kesihatan.
Kekurangan vitamin B12. individu terbabit hendaklah mengambil supplemen vitamin untuk memastikan kadar vitamin dalam badan tidak berada di bawah kadar normal.
Strok. Masalah serius seperti ini haruslah mendapat rawatan dan ubatan daripada doktor untuk membantu masalah tanagn kebas dan masalah lain.
Alkohol. Pada alkoholik hendaklah berhenti minum supaya dapat menyelesaikan masalah tangan kebas. Jika tidak, ianya masih akan berlaku dan menyusahkan kita.
Kecederaan pada saraf pada bahagian tangan. Ini haruslah segera dilihat oleh seorang doktor pakar dan dengan seger harus diselesaikan supaya masalah tangan kebas akan sembuh dan tidak membawa kepada masalah lain.
Toksin. Toksin dalam badan yang menyebabkan berlakunya tangan kebas haruslah dikeluarkan daripada aliran darah bagi memastikan tangan kebas dapat dihentikan.
‘Ganglion cyst’. Masalah seperti ini yang menyebabkan tangan kebas haruslah dikeluarkan dan ini akan mengurangkan tekanan pada saraf dan sekali gus menghilangkan rasa kebas pada tangan.
Rujukan
Usah biar rasa kebas berlarutan
KAKI kebas kerana duduk bersila lama di atas lantai.
RASA kebas kaki boleh dialami sesiapa saja apabila duduk bersila atau bersimpuh di atas lantai dalam tempoh yang lama.
Keadaan ini membuatkan individu berkaitan mengubah posisi duduk dengan lebih kerap bagi mengurangkan rasa kebas dan untuk keselesaan.
Ada yang terpaksa berpaut pada dinding atau kerusi untuk berdiri setiap kali rasa kebas menyerang kaki mereka
Namun, rasa kebas ini akan hilang dalam tempoh singkat apabila seseorang itu berdiri dan kemudian berjalan tanpa sebarang gangguan.
Sistem saraf manusia amat penting kerana ia memberikan rasa seperti sakit, suhu dan sentuhan.
Sekiranya fungsi saraf ini terganggu atau rosak, ia boleh menyebabkan gejala kaki berdenyut-denyut, rasa terbakar, mencucuk dan paling teruk ialah tiada rasa.
masalah saraf adalah gejala biasa yang sering dialami individu berusia disebabkan faktor penuaan.
Bagaimanapun, golongan muda juga tidak terkecuali.
Bagi golongan muda, masalah ini bukan isyarat gangguan saraf atau penyakit, tetapi kemungkinan saraf ke kaki itu terhimpit oleh tulang, tisu atau tendon (urat tebal yang menyambungkan otot dengan tulang).
Punca lain disebabkan cakera tulang belakang tergelincir, menghimpit dan menekan saraf ini.
Keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang juga boleh menyebabkan kebas pada kaki.
Kebiasaannya sakit belakang adalah satu daripada petanda saraf ke kaki dari saraf tunjang terganggu.
Jangan membiarkan rasa kebas berlarutan kerana ia akan menyebabkan kaki menjadi lebih sakit dan mendatangkan kemudaratan.
Antara kesan yang ketara ialah kaki menjadi lemah dan seterusnya menyukarkan usaha untuk bangun dari tempat duduk.
Segera berjumpa pakar saraf bagi mengenal pasti punca sebenar masalah itu terutama apabila rasa kebas menjadi semakin teruk.untuk memastikan mereka tidak menghidap penyakit lain yang menyebabkan gangguan saraf ke kaki.
Contoh, penyakit seperti kencing manis atau sistemik lupus eritematosus (SLE) yang boleh menjejaskan bahagian sistem tubuh seperti saraf, salur darah, kulit dan sendi.
Sekiranya kebas kaki disebabkan salur darah sempit kerana pengumpulan lemak dalam arteri, ia tanda awal seseorang itu menghidap penyakit arteri periferal atau peripheral artery disease (PAD) iaitu pembuluh darah tersumbat di bahagian kaki.
“PAD akan memberikan kesan lebih teruk jika tidak dirawat iaitu luka dan kesan gangeran menyebabkan lebam atau hitam pada kaki.
Jika dibiarkan keadaan bertambah buruk dan kaki pesakit terpaksa dipotong kerana sel kaki sudah mati.
Jangan ambil mudah sekiranya kebas kaki merebak dari hujung kaki ke paha di kedua-dua belah dan disertai rasa kebas di tangan.
Pada peringkat ini, kita perlu lebih peka kerana ia kemungkinan ada gangguan pada sistem ketahanan badan melawan penyakit terutama selepas dijangkiti virus atau kuman.
Masalah ini bukan hanya memberi kesan terhadap saraf ke kaki dan tangan, tetapi boleh mengganggu saraf yang mengawal sistem pernafasan,
Masalah saraf ini dikaitkan dengan penyakit neuropati periferal yang dialami pesakit kencing manis.
Antara gejala penyakit ini ialah rasa kebas yang teruk dan mencucuk-cucuk seperti gigitan apabila memijak lantai.
Pada tahap ini kemungkinan saraf pesakit sudah rosak dan mereka perlu menurunkan tahap gula dalam darah bagi mengelakkan keadaan semakin serius.
Kekurangan zat seperti vitamin B turut dikaitkan sebagai punca masalah kebas kaki.
Pesakit digalakkan mengambil vitamin B1, B6 dan B12 kerana ia penting untuk mencegah kerosakan saraf serta merawatnya.
Sumber vitamin ini boleh didapati dalam bijirin, susu, buah-buahan, daging, produk tenusu, telur, ikan, sayuran dan kentang,
ATRIKEL BERKAITAN:
Selalu Resah Gelisah? Ketahui 10 Perkara Yang Buat Kita Rasa Kosong & Tak Gembira Cuba renung-renungkan, mengapa agaknya hati kosong dan tidak gembira? Mengapa kita
SAYANGI DIRI SENDIRI DULU! Sayangi diri’ atau lebih mudah dikenali dengan self-love adalah satu konsep yang sangat penting dalam kesihatan mental. Ia juga sering dikaitkan dengan belas
Kenapa anda perlu jumpa Therapist anda?
KIROPRAKTOR Kiropraktor merupakan PERAWAT yang merawat masalah otot, tulang, dan saraf dengan menggunakan teknik pengaturan tulang belakang dan anggota tubuh lainnya. Mereka dapat membantu mengatasi
LENGUH & KEBAS KAKI TANGAN AMARAN GANGGUAN SARAF
KERAP KEBAS,LENGUH,KESEMUTAN&TUBUH BADAN RASA TIDAK SEIMBANG!? Rasa kebas dan mencucuk pada anggota badan sering dianggap sebagai masalah penuaan menyebabkan ia terabai dan tidak menerima rawatan
GEJALA ‘PENYAKIT ANGIN’ DALAM BADAN
Penyakit ‘ANGIN’ dalam badan. Ingat biasa-biasa saja Tapi boleh jadi terok bila ada tanda-tanda macam nii! Badan rasa lesu,malas ,badan letih lemau tidak bermaya,sakit-sakit sendi
MAK AYAH LENGUH-LENGUH DAN SAKIT-SAKIT SATU BADAN AMBIL KAN MINYAK INI SAPU-SAPU AGAR KEMBALI BERTENAGA. ALANGKAH TERSEKSANYA MEREKA YANG ALAMI PENYAKIT ANGIN , MASALAH ANGIN