TERAPI URUTAN, REFLEKSIOLOGI DAN KIROPRAKTIK

Hidup itu adalah pilihan…. Dan betapa berharga nya kesihatan kita. .. Kerana ….Hanya orang sakit yang tahu betapa bernilai dan nikmatnya sihat itu.

Pakar Terapist Urutan Refleksiologi Dan Kiropraktik Wanita

Kenali SitiSaya

Dari seorang Juruteknik saya menjadi seorang Terapis Urutan?
Seorang ibu dan bertugas sebagai seorang Juruteknik di sebuah syarikat di Sungai Petani ,dikurniakan 3 cahaya mata dengan seorang anak istimewa yang memerlukan lebih jagaan dan perhatian.Maka bermula episod cabaran dan dugaan yang hebat.Setiap bulan perlu pohon pelepasan cuti 4 hingga 5 hari dalam sebulan,itu belum lagi termasuk sakit ,demam,dan masalah disekolah dll.

Bagaimana saya mula berminat?

Apakah pembelajaran pertama saya?

Bagaimana saya kuasai konsep asas dalam urutan?

Bagaimana perjalanan saya dari kosong sehingga menjadi Terapst yang mahir?

Ramai yang sudah baca dan mendapat kekuatan.

Semoga kisah ini juga dapat memberikan kebaikan kepada anda.

Jemput baca di sini (^_^)

Struggle dalam hidup .

Perlu buat semua benda dalam satu masa.

Asyik kena cari alasan dengan bos sepanjang masa untuk mohon cuti nak bawa anak ke hospital kes rawatan susulan.

Demi keperluan dan kebajikan anak2 terutamanya ada anak istimewa dan keluarga,demi kerjaya untuk sesuap nasi.

Memang sentiasa takut dan tertekan .

Depres ni bukan benda main-main. Bukan untuk dibuat-buat. Siapa yang pernah alami depres ini,tahulah macamna rasakan…..

Tapi bila ingat balik, semua itu Allah uji tanda Allah sayang.

Daripada situ, saya bangkit dan sedar bahawa diri ni kena bertuhan.

Bukan berharap dekat orang lain..

Hidup ni MAGIK!

Kalau dulu tak pernah pun terfikir Allah bagi hidup sampai sekarang. Yang penting kena syukur..

Alhamdulillah, ‘diri saya yang dulu’ mengajar apa itu kebahagiaan dalam hidup ni.

Tak perlu bimbang hidup yang sentiasa rasa tak cukup. Semua tu dah lepas, sekarang fokus untuk majukan diri dan bantu orang lain.

Macam mana nak dapatkan MAGIK tu?

Pegang 3 perkara ni :

1. Buat apa yang Allah suka, Allah bagi apa yang kita suka.

2. Susah-susahkan diri dulu, Tinggalkan apa yang Allah Tak suka, nescaya mudah-mudahan saja Allah kabulkan hajat dihati.

3. Rezeki tak lambat, rezeki tak cepat, rezeki tak salah alamat. Ini yang saya selalu tanamkan dalam diri. Pegang dan amalkan betul-betul. In sha Allah, tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Kena yakin, Allah pasti uruskan!

MENGUASAI KONSEP ASAS

Segala pujian bagi Allah yang telah memberi saya banyak kebaikan yang membuka banyak pintu ilmu dan memberikan banyak jalan kemudahan.

Walaupon manusia tidak memberikan jalan tetapi jika Allah ingin membantu,maka tiada siapa mampu menghalangnya.

Jika kita sandarkan harapan kepada manusia ,kita akan kecewa.Tetapi jika kita sandarkan harapan kepada Allah,Dia akan berikan jalan petunjukNya

Keberanian mengurut ini adalah anugerah dan kadang-kadang perlu melalui pelbagai halangan dan dugaan misalnya,
orang tak mahu mengajar teknik2 yang betul dan berkesan.
Kesabaran perlu utuh dan keyakinan yang kental diperlukan.

Bermula dari mengurut orang dalam pantang,sakit2 sengai2 badan,masalah dalaman wanita terutamanya ,
Sungguh ramai di luar sana sangat memerlukan bantuan membuatkan saya nekad meneruskan kerjaya ini,
dengan nawaitu yg kuat,ingin cuba membantu sesiapa yang memerlukan bantuan terutamanya didalam masalah dalaman wanita,insyaAllah.
Jadi sesiapa yang memerlukan rawatan sila hubungi saya di sini

MENYEDARI DAN SANGAT YAKIN,MENJADI FARHDU KIFAYAH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KIROPRAKTIK INI UNTUK WANITA MUSLIMAH

Kiropraktik bukanlah semata mata rawatan untuk membunyikan tulang. Sebenarnya bunyi yang dapat kita dengar adalah hasil daripada pelarasan dan pembetulan yang dilakukan pada sendi serta ruas tulang yang telah mampat. Ia juga dikenali sebagai "cracking". Selain itu, pelarasan ini juga dilakukan bagi membetulkan postur tubuh yang telah berubah akibat daripada gaya hidup harian yang salah seperti cara duduk,berdiri,baring,mengangkat beban yang tidak betul. Postur yang tidak betul ini akan mengakibatkan rasa sakit dan tidak selesa pada tubuh serta menyebabkan imej seseorang individu terjejas. Jadi dengan pelarasan yang betul dari kiropraktor, akan dapat memulihkan keadaan postur yang telah berubah selain memrlukan disiplin diri supaya mengamalkan gaya hidup dan postur yang betul setiap hari. Rawatan ini dilakukan dengan cara memberikan tekanan yang bersesuaian pada kawasan tulang yang hendak dibetulkan serta beberapa kaedah lain untuk melaraskan postur tubuh. Selain itu, Kiropraktik juga membantu melegakan sakit belakang, sakit lutut dan sakit yang berlaku pada kawasan sendi dan dapat memanipulasikan sakit sakit lain yang susah untuk dirawat yang dipanggil sebagai "Pain Management".
Sebarang pertanyaan segera hubungi kami

TERAPI KIROPRAKTIK

Adakah anda mencari pusat rawatan kiropraktik (pakar tulang belakang) terbaik di Sungai Petani dari segi harga dan kualiti?

Kami mendapat banyak pertanyaan dan permintaan tentang informasi tentang pusat rawatan Kiropraktik ini.

Jadi sebagai sebahagian daripada komuniti kesihatan atas talian, kami sentiasa berusaha untuk mencari dan memberikan anda informasi tentang servis pusat  kiropraktik di Sungai Petani ini…

Antara maklum balas pengalaman rawatan oleh para pesakit seperti anda dalam komuniti kami.

Antara soalan-soalan popular adalah:

  • Perlukan panduan tentang bajet untuk servis pusat kiropraktik?
  • Tidak pasti sama ada kualiti servis pusat kiropraktik seperti yang anda jangkakan?

Kiropraktik adalah sejenis perubatan alternatif yang mengkhususkan dalam merawat tulang belakang dan sistem muskuloskeletal sekitarnya.

Kiropraktor (ahli perawat) akan membantu anda mengurangkan sakit belakang dan meningkatkan fungsi berkaitan dengan tulang belakang anda.

Anda boleh berunding dengan kami untuk simptom seperti sakit belakang, sakit kaki, sakit leher, ketegangan, sakit kepala, kecederaan dan gejala lain yang berkaitan dengan tulang belakang.

Kelebihan Kaedah Kiropraktik

  1. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan
  2. Meningkatkan tenaga
  3. Tidur yang lebih selesa
  4. Membantu baiki postur tubuh
  5. Melambatkan penuaan
  6. Natural
  7. Tidak sakit
  8. Tiada ubat-ubatan

Kiropraktik merupakan salah satu kaedah perubatan yang telah digunakan oleh perawat perawat Islam pada masa dahulu.

 Namun begitu kaedah kiro memerlukan kepakaran yang tinggi dan bagi mengelakkan tersalah kiro beberapa perkara perlu dilihat seperti:-

1. Berat tekanan yang dilakukan
2. Lokasi yang dipilih
3. Melakukan perengggangan terlebih dahulu
4. Dalam keadaan relax/santai
5. Tubuh pesakit tidak kering.
6. Tidak berlaku tulang reput pada persakit
7. Tidak ada besi dalam tulang
8. Tidak ada kecederaan berdarah yang masih baru
9. Menyediakan tempat yang sesuai
10. Jangan melakukan dengan kasar.

Pakar Kiropraktik dikenali di seluruh dunia sebagai pakar kesihatan tulang dan kecederaan bersukan.

Teknik-teknik ini amat berkesan dalam perawatan yang masalah-masalah lazim seperti berikut:

  • Sakit leher dan bahu.
  • Sakit kepala, migrain dan kecederaan ”whiplash”.
  • Sakit tulang belakang, slip disc, sciatica.
  • Perawakan yang tidak betul – bongkok dan ”round shoulders”, scoliosis – tulang membengkok.
  • Kecederaan akibat sukan – kecederaan otot / radang pada tendon seperti Achilles fendinitis.
  • Sakit sendi – pinggul, kaki, lutut, bahu, siku, pergelangan tangan seperti kaki terseliuh.
  • “Flat foot, heel spur, trigger finger.”
  • “Frozen shoulders, tennis & golfer’s elbow.”
  • Kebas, arthritis, rheumatism, bonespur.
  • Pengurusan tekanan. 

 

Hubungi kami di talian +6010-3713898 bagi mendapatkan khidmat rawatan kiropraktik.

REFLEKSIOLOGI!?

Adalah suatu kaedah TERAPI yang mempunyai kesan yang sangat ketara keatas KESIHATAN kita.

Sudahkah anda mencuba???….

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN SLIP DISC

 
📌Pencegahan
*Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut.
📌Semasa baring
*Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
*Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut.
📌Semasa berjalan
*Memakai kasut bertumit rendah yang selesa.
📌Semasa duduk.
*Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik.
*Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
📌Semasa berdiri
*Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah.
*Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul.
📌Lakukan senaman secara tetap
*Menjaga berat badan
*Amalkan kecergasan keseluruhan
*Dapatkan terapi rawatan kiropraktik
Change Your Life

Start Your Journey of Happiness and Health Today!

Be Healthier with the right massage

Healthy Eating for Healthy Life

Healthy Shopping

We Help You Stay Healthy

Take care of your BODY – It’s the only place you have to live in

Sayangi dan hargailah diri sendiri

Artikel Berkaitan:.

MINYAK SARAF STROKE

MAK AYAH LENGUH-LENGUH DAN SAKIT-SAKIT SATU BADAN AMBIL KAN MINYAK INI SAPU-SAPU AGAR KEMBALI BERTENAGA. ALANGKAH TERSEKSANYA MEREKA YANG ALAMI PENYAKIT ANGIN , MASALAH ANGIN

Read More »

3 thoughts on “TERAPI URUTAN, REFLEKSIOLOGI DAN KIROPRAKTIK”

  1. Hasmina binti Hamid

    Assalamualaikum..
    Saya ada masalah frozen shoulder yang agak kritikal sudah berlarutan selama hampir 3bulan. Sepanjang tempoh ini juga saya tidak dapat tidur malam dengan baik. Sakit yang berterusan siang dan malam sehingga sangat-sangat mengganggu rutin harian saya sebagai suri rumahtangga. Saya nak bertanya bagaimanakah rawatan untuk masalah seperti saya dan berapa kos nya? Terima kasih

    1. Waalaikumusssalam puan Hasmina,
      ‘Frozen Shoulder’ berlaku bila tisu penghubung sendi bahu rasa sakit dan tegang dimana pergerakan dibahagian bahu yang terhad dan akan merasa sakit yang berterusan. Simptom2 ini akan berlanjutan malah mungkin akan menjadi lebih parah dari semasa ke semasa jika tidak dirawat dengan cara yg betul.
      Puan boleh mendapatkan rawatan dokter atau pakar fisioterapi.
      Tetapi ada rawatan kiropraktik yg sgt membantu,tanpa ubat-ubatan dimana ianya dijamin selamat dan berkesan ,insyaAllah.
      Dan utk maklumat puan Pusat Rawatan kami yg terletak di Sungai Petani menawarkan rawatan kiripraktik ini dengan kos rawatan yg berpatutan dan mampu.
      Sekiranya puan memerlukan rawatan KIropraktik daripada saya,puan boleh direct wasap saya utk booking slot.
      http://www.wasap.my/+60103713898/Assalamualaikum,saya nak booking slot kiropraktik segera.
      ,,,moga bermanfaat,,tq.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *